Assalamualaikum w.b.t diucapkan kepada sesiapa yang membaca artikel ini yg mungkin ringkas shj. Artikel pada hari ini berbentuk tazkirah untuk memperingati diri sy dan juga kpd semua orangyang kadang kala terleka dalam kealpaan. Tajuknya begitu mudah untuk dibaca, hanya untuk memberi pandangan mengenai sifat membaca yg blh dikuasai oleh semua orang. Cuma bentuk bacaanya berbeza-beza. Adakalanya sesetengah kelompok yg suka membaca komik, ada yg minat membaca majalah dan surat khabar, ada yg suka membaca cerita serta novel dan pelbagai lagi. Tetapi kurang pula yg minat pada pembacaan daripada segi pembelanjaran dan ilmiah. Sebelum sy melangkah pada sudut lebih mendalam lagi, Allah s.w.t telahpun berfirman dalam kitab-Nya:
Daripada ayat ini yg merupakan wahyu pertama diterima Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam menunjukkan ilmu dapat difahami melalui proses pembacaan justeru menganjurkan sifat membaca untuk mengatahui sesuatu pengatahuan. Umat yg maju adalah umat yg suka membaca. Ianya amat jelas seperti yg terjadi pd penduduk Jepun. Dimana-mana saja tidak kira golongan orang tua, kanak-kanak, apatah lagi orang dewasa ditangan mereka ada sebuah buku. Tidak kisahlah dunia mengiktiraf Jepun subuah negera termaju pada pelbagi sektor terutama dalam pengunaan teknologi. Produk Jepun banyak digunakan oleh penduduk dunia disebabkan alatnya begitu ringan dan canggih. Budaya membaca sebeginilah yg patut dicontohi oleh umat Islam tetapi apa yg berlaku sebaliknya.
Baiklah kemungkinan ramai yg kurang meminati bacaan ilmiah seperti buku pelajaran, agama, akedemik, mahupun motivasi. Sebenarnya buku-buku sebeginilah yg banyak membawa faedah. Tetapi tidak dianggap penting. Pd thn lepas, saya ada membaca sebuah artikel yg ditulis oleh Ustz. Pahrol Mohamad Juoi dlm majalah isu no. 18. Beliau telahpun merangka sebuah piramid bacaan yg patut diikuti oleh setiap muslim:
Kemungkinan ada diantara kita yang tidak tahu yang manakah buku yang patut dibaca. Jadi ikutlah susunan piramid bacaan ini supaya fikiran kita tidak menjadi celaru. Tidak salah sekiranya hendak membaca novel, tetapi jgn lupa kepada yang lebih utama seperti buku-buku pelajaran. Apabila kita menghadapi sesuatu masalah cepat-cepatlahlah kita membaca Al-Quran yang dapat memberikan suatu solusi kepada kehidupan manusia. Malah ianya dapat memberikan ketenangan ketika membaca dengan khusyuk diiringi alunan berlagu. Hadis Rasulullah sallallahu a'laihi wasallam juga mengandungi pelbagai penyelesaian menyeluruh yang menyentuh aspek ibadah hinggalah cara mentadbir dunia. Jadi terletak kepada seseorang untuk merangcang pembacaanya dengan baik dan teratur agar menjadi mudah,berkesan lagi bermanfaat. والله أعلم
.

No comments:
Post a Comment