Friday, March 25, 2011

KUASA TIMUR TENGAH

Era diktator atau pemerintahan berasaskan keturunan mula berakhir

Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) merangkumi 57 buah negara dan merupakan pertubuhan antarabangsa yang kedua terbesar selepsa Bangsa-Bangsa Bersatu. Angka 57 buah negara ini mewakili lebih satu perempat daripada semua negara di dunia.

Tetapi apabila memberi contoh negara Islam yang paling maju,  hanya Malaysia dan Turki yang sering disebut-sebut, sedangkan kedua-dua negara ini belum pun ke status negara maju sebenar. Negara Arab seperti UAE (termasuk Dubai dan Abu Dhabi), Qatar, Kuwait Bahrain dan Arab Saudi boleh dikatakan agak maju juga tetapi 'kemajuan' ini dicapai sebahagian besarnya kerana hasil minyak, bukannya menerusi teknologi, kemahiran. keusahawanan atau pembuatan.



Adakah Islam idak serasi dengan pembangunan, teknologi, keusahawanan, pelaburan dan hak asasi manusia?  Saya berpendapat Islam dan teknologi, keusawanan, pelaburan dan hak asasi amat serasi, cuma kita telah sekian lama terpesong kerana mengabaikan ilmu lain selain daripada ilmu agama.


Sebenarnya tamadun Islam yang satu ketika dulu begitu terkenal, sehingga ilmuwan Barat bersusah-payah mempelajarinya, telah lama melalui zaman gelap. Revolusi rakyat yang berlaku ketika ini di negara-negara Arab, di mana Islam mula-mula tersebar, serta kemajuan industri  kewangan Islam, mungkin menandakan berakhirnya zaman tersebut.

Jika pemerintah sesuatu negara mengawal sebahagian besar  kekayaan, sudah tentulah rakyat mengalami kesannya. Lebih-lebih lagi jika rakyat tidak ada cara untuk menukar kepimpinan, yang seolah-oleh milik peribadi atau keluarga.



Seorang pemimpin pemborantakan dari Libya berkata, 'Kami mahu membina sebuah negara demokrasi yang berasaskan Islam tetapi memberikan kebebasan kepada semua agama'.


Tetapi apabila semua ini selesai, terdapat potensi amat besar bagi penduduk dunia Arab Sekarang ini anak-anak kita diminta belajar Bahasa Arab kerana merupakan Bahasa Al-Quran. Tetapi siapa tahu satu hari ini nanti Bahasa Arab dipelajari juga kerana ia Bahasa Ilmu dan Perdagangan, seperti pada zaman kegemilangan ilmu dan ilmuwan Islam satu ketika dulu.






Thursday, February 3, 2011

Perjuangan belum berakhir

Rakyat Mesir kembali berkumpul untuk di Kaherah sebagai usaha meningkatkan tekanan untuk menurunkan Presiden Hosni Mubarak dari kerusi kekuasaan.





Gambar: Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat pada Isnin

Pihak pengelola protes berharap sekitar satu juta orang yang turun ke jalan-jalan, yang akan menjadi protes terbesar sejauh ini. Keadaan serupa juga direncanakan di Iskandariah.

Sementara itu pihak tentera Mesir berjanji tidak akan menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan.

Wartawan BBC, Lyse Doucet, di Lapangan Tahrir, Kairo mengatakan rakyat massa yang hadir lebih besar dari hari-hari sebelumnya.

Pernyatan tentera menjadi pukulan besar bagi Presiden Mubarak dan tampaknya membuat para penunjuk perasaan tetap semangat dan memenuhi pusat ibukota Kaherah.

"Kami di sini untuk menyampaikan satu pernyataan. Kami tidak akan pergi sampai Mubarak mundur," kata Tarek Shalabi, seorang pengujuk rasa, kepada BBC.

Sejumlah pengunjuk rasa bermalam di Lapangan Tahrir sejak Isnin dengan mengatakan akan tetap berada di sana sampai Mubarak mundur.

Friday, January 21, 2011

Seronoknya Membaca

Assalamualaikum w.b.t diucapkan kepada sesiapa yang membaca artikel ini yg mungkin ringkas shj. Artikel pada hari ini berbentuk tazkirah untuk memperingati diri sy dan juga kpd semua orangyang kadang kala terleka dalam  kealpaan. Tajuknya begitu mudah untuk dibaca, hanya untuk memberi pandangan mengenai sifat membaca yg blh dikuasai oleh semua orang. Cuma bentuk bacaanya berbeza-beza. Adakalanya sesetengah kelompok yg suka membaca komik, ada yg minat membaca majalah dan surat khabar, ada yg suka membaca cerita serta novel dan pelbagai lagi. Tetapi kurang pula yg minat pada pembacaan daripada segi pembelanjaran dan ilmiah. Sebelum sy melangkah pada sudut lebih mendalam lagi, Allah s.w.t telahpun berfirman dalam kitab-Nya:

Daripada ayat ini yg merupakan wahyu pertama diterima Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam menunjukkan ilmu dapat difahami melalui proses pembacaan justeru menganjurkan sifat membaca untuk mengatahui sesuatu pengatahuan. Umat yg maju adalah umat yg suka membaca. Ianya amat jelas seperti yg terjadi pd penduduk Jepun. Dimana-mana saja tidak kira golongan orang tua, kanak-kanak, apatah lagi orang dewasa ditangan mereka ada sebuah buku. Tidak kisahlah dunia mengiktiraf Jepun subuah negera termaju pada pelbagi sektor terutama dalam pengunaan teknologi. Produk Jepun banyak digunakan oleh penduduk dunia disebabkan alatnya begitu ringan dan canggih. Budaya membaca sebeginilah yg patut dicontohi oleh umat Islam tetapi apa yg berlaku sebaliknya. 

Baiklah kemungkinan ramai yg kurang meminati bacaan ilmiah seperti buku pelajaran, agama, akedemik, mahupun motivasi. Sebenarnya buku-buku sebeginilah yg banyak membawa faedah. Tetapi tidak dianggap penting. Pd thn lepas, saya ada membaca sebuah artikel yg ditulis oleh Ustz. Pahrol Mohamad Juoi dlm majalah isu no. 18. Beliau telahpun merangka sebuah piramid bacaan yg patut diikuti oleh setiap muslim:      




Kemungkinan ada diantara kita yang tidak tahu yang manakah buku yang patut dibaca. Jadi ikutlah susunan piramid bacaan ini supaya fikiran kita tidak menjadi celaru. Tidak salah sekiranya hendak membaca novel, tetapi jgn lupa kepada yang lebih utama seperti buku-buku pelajaran. Apabila kita menghadapi sesuatu masalah cepat-cepatlahlah kita membaca Al-Quran yang dapat memberikan suatu solusi kepada kehidupan manusia. Malah ianya dapat memberikan ketenangan ketika membaca dengan khusyuk diiringi alunan berlagu. Hadis Rasulullah sallallahu a'laihi wasallam juga mengandungi pelbagai penyelesaian menyeluruh yang  menyentuh aspek ibadah hinggalah cara mentadbir dunia. Jadi terletak kepada seseorang untuk merangcang pembacaanya dengan baik dan teratur agar menjadi mudah,berkesan lagi bermanfaat. والله أعلم     


.


Sunday, January 16, 2011

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Reviving the Islamic Spirit 2010 (USA)

Azam

pada mulanya saya x tahu nak mulakan, tapi harapan saya agar blog ini menjadi sebuah medan dakwah kotemporeri pada masa kini. ianya juga dpt dijadikan peringatan pd diri saya dan pada anda semua. Pada akhir cacatan ini ingin saya sertakan sebuah lirik nasyid yg menyebut tentang keperibadian Rasulullah :


In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah
You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One 
wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...